Tarikh : 6 November 2009
Masa : 4.00 petang
Tempat : KK Mart, Seksyen 9, Shah Alam
Selaras dengan arahan YAB. Dato' Menteri Besar Selangor yang memperkenalkan kaedah kawal selia sendiri (self regulatory) bagi mengawal penjualan arak di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Tuan Mazalan Md. Noor, Datuk Bandar Shah Alam telah mengorak langkah positive untuk mendekati pemilik/pengusaha kedai serbaneka supaya tidak menjual minuman beralkhohol di bawah kadar 8.8 peratus kepada orang Islam dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.
Kaedah kawal selia sendiri ini bermakna pemilik/perniagaan seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mengawal sendiri penjualan minuman beralkohol di premis mereka. Dengan kata lain mereka ini tidak seharusnya memikirkan soal komersial dan keuntungan semata-mata sebaliknya perlulah memikirkan juga tanggungjawab sosila mereka dalam membangunkan sahsiah dan kerohanian masyarakat khususnya golongan muda dan belia di negara ini khususnya di Shah Alam.
kempen turun padang MBSA ini merupakan langkah pertama pihak MBSA untuk mengesa pemilik supaya peka dengan masalah sosial yang timbul akibat pengambilan minuman keras yang berlebihan dan tidak dikawal dengan memastikan penjualan di lakukan kepada pelanggan yang termaktub dalam peraturan. Pelekat dan poster telah diedarkan kepada wakil-wakil dari 7-eleven, KK Mart dan 99 Speedmart yang merupakan rantai kedai serbaneka yang beroperasi di kawasan MBSA.
Datuk Bandar dalam sidang media telah menyatakan kesungguhan dan komitement MBSA untuk memastikan kaedah kawal selia sendiri ini dipatuhi oleh pemilik premis dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak 7 - eleven yang telah mula memberhentikan jualan minuman beralkohol di 17 premis milik mereka di kawasan seksyen 1 hingga 24.
Untuk fasa 2, kempen kawal selia sendiri ini akan diperhebatkan dan diperluaskan kepada pihak yang lain termasuk pengusaha pasaraya dan hypermarket di sekitar Shah Alam dan akhirnya nanti kempen ini akan dipanjangkan kepada lebih 500 pemilik kedai runcit/pengusaha kecil dan sebagainya yang bertaburan di kawasan MBSA.
Harapan murni pihak MBSA dengan adanya sistem kawal selia sendiri ini dapat membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan lebih bertanggungjawab untuk memastikan penjualan minuman beralkohol khususnya di bawah kadar 8.8% ini dapat dikawal dan tidak dijual secara berleluasa kerana bak kata orang arak ini ibu segala kejahatan. tepuk dada tanda imam.
No comments:
Post a Comment